Mengapa kita mesti menguasai ICT ?

Mengapa kita mesti menguasai ICT?


  1. Saidina Omar Al-Khattab r.a pernah berkata, “Didiklah anak kamu mengikut zamannya. Jangan kamu didik mereka mengikut zaman kamu.” Kata-kata ini memang berhubungkait dengan kepentingan penggunaan teknologi ICT dalam pendidikan sekarang.

  2. Merupakan proses tranformasi sebagai seorang guru.

  3. Kepentingan ICT sudah begitu meluas digunakan dalam kehidupan seharian.

  4. Membantu saya sebagai seorang guru yang juga menggunakan ICT dalam pengajaran harian.

  5. Mahu mendalami cara bagaimana menyampaikan pengajaran berasaskan perkakasan ICT dan teknologi multimedia. Di samping pengaplikasian ICT dalam pengajaran.

  6. Sehubungan ini sebagai seorang guru perlu saling melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran sezaman supaya pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi sentiasa berkesan.

  7. Sebagai satu cabaran dan budaya bersaing yang positif, bahawa pengaplikasian teknologi dalam pengajaran mampu menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi dan mampu merealisasikan impian negara agar Malaysia menjadi negara maju 2020.

0 comments:



Post a Comment

Related Posts with Thumbnails