Mengapa kita mesti menguasai ICT ?

Mengapa kita mesti menguasai ICT?


  1. Saidina Omar Al-Khattab r.a pernah berkata, “Didiklah anak kamu mengikut zamannya. Jangan kamu didik mereka mengikut zaman kamu.” Kata-kata ini memang berhubungkait dengan kepentingan penggunaan teknologi ICT dalam pendidikan sekarang.

  2. Merupakan proses tranformasi sebagai seorang guru.

  3. Kepentingan ICT sudah begitu meluas digunakan dalam kehidupan seharian.

  4. Membantu saya sebagai seorang guru yang juga menggunakan ICT dalam pengajaran harian.

  5. Mahu mendalami cara bagaimana menyampaikan pengajaran berasaskan perkakasan ICT dan teknologi multimedia. Di samping pengaplikasian ICT dalam pengajaran.

  6. Sehubungan ini sebagai seorang guru perlu saling melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran sezaman supaya pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi sentiasa berkesan.

  7. Sebagai satu cabaran dan budaya bersaing yang positif, bahawa pengaplikasian teknologi dalam pengajaran mampu menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi dan mampu merealisasikan impian negara agar Malaysia menjadi negara maju 2020.

Persembahan nasyid dan tetamu jemputan

Persembahan nasyid



murid-murid nasyid bersiap sedia untuk membuat persembahan

AJK PIBG turut hadir memeriahkan majlis maulidurrasul

murid-murid mendengar ceramah mauliddurrasul





Sambutan Maulidurrasul S.A.W

Pertandingan sepanduk sempena sambutan mauliddurrasul








Sukan Tahunan SK Peserai ke - 42

Penyerahan bendera kejohanan

Unit Uniform TKRS

Perbarisan lintas hormat pembukaan kejohanan sukan tahunan


Rumah pasukan Banang


ibu dan bapa turut memeriahkan temasya sukan untuk melihat
gelagat anak-anak di padang balapan.





Ucapan Guru Besar dan Pelancaran Anti Dadah

Tn. Hj Sarkawi (Guru Besar), memberi ucapan dan membuat
Pelancaran Anti Dadah Peringkat Sekolah.
Tema: "1 Malaysia Membanteras Dadah "



Sesi ucapan kaunselor tentang bahaya dadah

Cikgu Yusop b. Basir ( kaunselor ) menyampaikan ucapan dan ceramah pendek
berkaitan dengan pencegahan dadah.
Tema tahun ini " 1 Malaysia membenteras dadah"

Pelancaran Anti Dadah Peringkat Sekolah

Adik Zahin Syahir bin Roslee mengetuai bacaan ikrar anti dadah.

TKRS

Bergambar bersama murid-murid Uniform TKRS.

Guru-guru SK Peserai yang segak

memakai pakaian uniform KRS.

Dari kiri, Pn. Masidah, Pn. Nurul Ain,

Ustz Muhibbudin, En. Aziz (GPK KK),

Pn. Salimah (GPK HEM), Pn. Zainorida dan Pn. Normala.

Anugerah Nilam Peringkat Negeri 2010

Siti Zulaikha bersama Syariffa Humairrah
wakil dari Batu Pahat

Anugerah NILAM Peringkat Negeri

Siti Zulaikha mendapat tempat ke empat

kategori SK Luar Bandar, peringkat negeri.

Apa-apa pun tahniah. Teruskan untuk majukan diri .


Syarriffa Humairrah dari SK Tengku Mariam
mendapat Tempat ke tiga Kategori Sekolah Bandar


Pn. Rohana dari SK Tengku Mariam turut mendapat
cenderamata sebagai guru pengiring.
Tahniah kak Ana. Tahun depan cuba lagi!!!


Cayalah....



Aksi pemenang

Pemenang acara 4x200meter P/B.
Tudung hijau tu... Heryani. Tahniah!!! Yani and the geng, dapat tempat ketiga.
Sukanya dua orang ni... Shuhaida Johan dan Suhaila n/johan
acara lompat tinggi P/A.
Banang Juara!!!
Macam nak pergi berperang. Siap dengan tombak.
Bukannya tombak... kawan-kawan tu pegang Lembing.
Cikgu Mustafa dan Ustz Masura sanggup berpanas demi tugas yg diamanahkan.
Ada gaya jurulatih lembing tak?

Ish!!! Ish!!! Ish!!!
Tengok!!! Ustzh Haliza dah jadi jurulatih Lontar Peluru Lelaki tau!!!
Tengok gaya dah menang dah...



Sedia bertugas

Pn. Ho dah merajuk tak dapat tempat duduk.
Kak Dila, Aida dan Kak Kiah dah cop dulu.
Takpe... nanti kita buat tangga tenggek ayam ni jadi tenggek burung. Lagi tinggi...

Fiza dan Kak Zah dah bersedia di meja pengacara.
Ok Fiza... jawatan pengacara tetap sampai pencen.
Suaranya lunak bak buluh perindu. Ada skill... gitu!!!
Kak Midah, cayalah!!! Umur bukan jadi ukuran.
Tua ke, muda ke, kak Midah tetap awet muda.
Apa yg penting... kerja sama.....
time kat padang, kita sama-sama turun padang.
1Malaysia jaga kesihatan.


Sedia!!! 1,2,3..... protttt.
Yang handsome dan segak tu GPK Koko, En. Aziz b. Seman.
Tgh ikat line merah tu..... hmmmm org kuat sukan , Firdaus. Hidup Daus!!! possing maut beb!!
Putri-putri yg duduk kat atas tu haliza, mila & kak mala.
Dah siap sedia tau. prittttttt !!!


Penyampaian hadiah pemenang

Guru besar turut serta menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.
Cuba tengok tu, pasukan mana yang JOHAN tu. BANANG la..
Apa-apa pun Tahniah la kat Shuhaidah Md. Noh yang menang Lompat tinggi dengan ketinggian 1.15m

PRA SUKAN Olahraga Sekolah

Bersama peserta lontar peluru Perempuan A.
Perghhh!!! nampaknya tengok saiz badan aje aku dah kalah.
Agak-agak boleh menang ke?
Yang badan kecik tu jangan berangan ya....
Tengok badan Sabrina tu... pakai jari pun boleh!!!

Johan NILAM dan Tokoh NILAM Peringkat Daerah


Johan Pkt Daerah Kategori Sek. Rendah dan Sek. Menengah
Dari kiri Syariffa Humairrah (SK Tengku Mariam),
Siti Zulaikha (SK Peserai),
Syuqri ( SM Tinggi BP) dan Afiffa.
Tokoh NILAM ( SK T. Mariam & SM Tinggi BP )

Simbolik NILAM

Hj. Othman ( wakil dari PPD ) memberikan kad peserta dan buku nilam kepada Tokoh Nilam Sek Menengah ( mewakili peserta lain ) sebagai simbolik untuk mewakili peringkat negeri. Mudah-mudahan berjaya semua.!!!

Terima kasih semua kepada semua PKG Daerah Batu Pahat yang banyak membantu.

Gambar bersama pemenang NILAM


Bergambar bersama guru pengiring. Dari kiri, cikgu Rohana, Sy Humairrah, cikgu Zainorida, Siti Zulaikha, Suqri, cikgu Jamal, Afiffa. Kita jumpa di BTP JB.

Gambar kenangan di PKG Penggaram

Siti Zulaikha bersama guru pengiring Pn. Zainorida ketika berada di PKG Penggaram.

Johan Kategori Sek .Ren. Luar Bandar



Siti Zulaikha bt Ab. Rahman mendapat Johan dalam Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar. Beliau akan mewakili Peringkat Daerah ke Peringkat Negeri pada 9 dan 10 /2/2010. Semoga terus berjaya. Tahniah!!!

ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT

Pertandingan NILAM Peringkat Daerah telah di jalankan pada 21 Januari 2010. SK Peserai telah menghantar 3 orang peserta untuk mewakili NILAM Peringkat Daerah. Alhamdulillah, SK Peserai telah mendapat Johan dan Naib Johan dalam kategori Sekolah Rendah Luar Bandar.
Siti Zulaikha bt Ab. Rahman - Johan ( SK Peserai )
Anis Najiha bt Zainudin - Naib Johan ( SK Peserai )
SK Seri Utama - Ketiga
Anisah Solehah bt Hassan Basri - Saguhati ( SK Peserai )

Siti Zulaikha dapat mewakili Daerah Batu Pahat ke peringkat Negeri pada 9 dan 10 Februari 2010 di BTP Johor.

Tahniah semua !!!
Terima Kasih kepada Guru Besar dan cikgu-cikgu NILAM SK Peserai.

Related Posts with Thumbnails