Laporan Aktiviti Perjumpaan Koko hari Sabtu

Tajuk : Laporan Aktiviti Kokurikulum
Hari : Sabtu
Tarikh : 9 Januari 2010
Masa : 07.30 - 08.00 : Taklimat - En. Aziz b. Seman ( GPK Ko-ko )
: Ucapan Alu-aluan oleh Tn. Hj Sarkawi b. Hj Satu ( Guru Besar )
08.00 - 08.40 : Perjumpaan Sukan - Penyelaras Sukan (En. Azman b. Wartam)
08.40 - 09.20 : Perjumpaan Unit Beruniform - Penyelaras Unit Uniform ( Pn. Zainorida bt Ngarip )
Rehat
09.50 - 10.30 : Perjumpaan Kelab - Penyelaras Kelab ( Pn. Arianti bt Aman )

Aktiviti:
1. Perhimpunan semua unit di Dataran Kejat.
2. Murid-murid masuk ke kelas mengikut unit persatuan masing-masing.
3. Pendaftaran persatuan sesi 2010.
4. Mesyuarat Agung Persatuan untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2010.
5. Membuat laporan aktiviti perjumpaan mingguan.
6. Bersurai pada jam 10.30 pagi.

Kursus Pembestarian Sekolah dan Penghasilan Bahan P&P

Kursus Pembestarian Sekolah dan Penghasilan Bahan P&P telah di jalankan pada ketetapan tarikh seperti berikut:

Tarikh:
23 dan 24 November 2009
Masa:
8.00 pg hingga 1.00 ptg
Tempat:
Bilik Komputer SK Peserai
Kehadiran guru amat menggalakkan walaupun hari cuti sekolah. Guru-guru dapat menghasilkan modul bahan-bahan P&P dan RPH berdasarkan Modul Guru Bestari yang di berikan oleh Pn. Zainorida bt Ngarip yang merupakan pembimbing kursus ini.
Tahniah!!! Semua guru SK Peserai kerana menyahut cabaran Sekolah Bestari tahun 2010.

Pelaksanaan P&P Bestari

Pelaksanaan P&P Bestari 4 Jati
Tajuk : Seni Anyaman Tikar
Tarikh: 9 November 2009
Masa : 9.00 pg - 1.05 ptg
Kelas : 4 Jati
Tempat: Bilik Komputer
Aktiviti / Strategi Pembelajaran Bestari
1. Pembahagian kumpulan kepada 9 kumpulan terdiri 4 orang 1 kumpulan.
2. Membuat folder kumpulan.
3. Memuat turun bahan tentang Seni Anyaman dari Internet.
4. Menjawab 7 soalan untuk RPH 1 dalam mycrosoft ofice word.
4. Simpan maklumat dalam folder kumpulan.
Impak:
P&P dapat dilaksanakan dengan jayanya. Murid-murid dapat menyiapkan tugasan yang diberikan.

Member rapat semasa kursus bestari


Dari kiri, Ain (SMK Seri Medan), Zai (SK Peserai), Kak Ila (SMK Tangkak), Wanie (SK Bandar), dan Izan ( TIGS). Bila mau ketemu lagi ya!!!.


Kawan-kawan kursus semua dari Negeri Johor. Cikgu-cikgu semua masih dalam ingatan!!!
Semoga dapat jumpa di lain kursus.

Gambar kenangan bersama guru bestari


Bergambar bersama Penyelaras Bestari, En. Ismail di IPTHO ,
Batu Pahat.

KURSUS GURU BESTARI

Kursus Guru Bestari
28.9.2009 hingga 23.10.2009
Bertempat di IPTHO, Batu Pahat.
Seramai 24 orang guru yang mengikuti kursus ini.

Perisian kursus:
* Penelitian Elemen P&P Bestari
* Penghayatan Amalan P&P Bestari
* Perkongsian pengalaman
* Senario Kemahiran Abad ke-21
* Penelitian HSP dan RPT
* Pembinaan Soalan Berdasarkan Kurikulum
* Penyediaan RPH
* Pengintegrasian TMK dlm P&P (Membuat Blogger)
* Pengintegrasian TMK dalam P&P (Perkongsian bahan)
* Penggunaan bahan BTP
* Pakej P&P Bestari
* Simulasi RPH

Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan, kemahiran dan pengetahuan kepada guru tentang pelaksanaan Pengajaran Bestari di sekolah. Salain itu, sejajar dengan pelaksanaan Sekolah Bestari mulai tahun 2010.
Tahniah!!!


Related Posts with Thumbnails