SK Peserai Johan dan Tokoh Anugerah Nilam Peringkat Daerah, Batu Pahat, 2013

Assalamualaikum.
Tahniah kepada Nurul Batrisyia bt Zaini Ariza, 6 Arif, dari SK Peserai, Batu Pahat
kerana telah berjaya meenerima Anugerah Nilam dan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Batu Pahat, bagi tahun 2013... Syabas... teruskan usaha cemerlang anda...

 Tahniah! Nurul Batrisyia bersama guru pengiring... Cikgu Zainorida

 Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Nilam Daerah Batu Pahat


Johan dan Tokoh Nilam Peringkat Daerah



Jom corat-coret...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Sudah lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu di laman blog ni... 
Di timbun dengan banyak assigment lah... kerja-kerja sekolah lah... dan kerja-kerja yang mendatang senantiasa.... huhuhu.... 

Tak rehat ker...
haaa... ni cuti sekolah ler ni baru ada kat rumah hari ni....
kalau tak menyebuk memanjang kt sekolah...
Biasalah... kalau menjadi seorang pendidik ni.... sampai bersara.. dunia kt sekolah....
Sekejap naik kelas, sekejap turun kelas... haa.. jap lagi tak naik2 kelas....
( faham2 ajerlah..) 
yok kita sembang2 petang....

jom makan cengkodok ikan bils... sedappp... nyum..nyum.. ngap..

jenguk-jenguk.... dah lama di tinggal... bersawang dah blog aku...

assalamualaikum. wbt

salam muhibbah salam 1 Malaysia..
Dah lama meninggalkan laman blog ni....
dah lama tak menjenguk juga....
ni, baru nk mencatat...
takut lupa nanti...

KEGUNAAN & KEBERKESANAN PRODUK TRANSFER FACTOR 4LIFE

Kegunaan & Keberkesanan Produk Transfer Factor 4Life
Kajian-kajian saintifik yang dijalankan hampir setiap hari menunjukkan punca sebenar penyakit adalah ketidakfungsian sistem imun. Para sainstis mendapati ketidakupayaan sistem imun bertindak ke atas serangan mikroorganisma atau memberi gerakbalas yang terlampau sebagai penyebabnya. Kajian juga menunjukkan pengunaan sebatian seperti transfer factor boleh meningkatkan keupayaan sistem imun. Penggunaan transfer factor boleh membantu sistem imun mengatasi penyakit dalam kategori berikut:

- Penyakit autoimun - Penyakit maglinan - Infeksi atau jangkitan virus - Infeksi atau jangkitan fungus atau kulat - Penyakit bakterial - Penyakit mikobakterial - Penyakit neurologikal

Kesemua produk utama 4Life Research Malaysia berasaskan transfer factor. Secara ringkas, disenaraikan kegunaan untuk 6 produk utama Transfer Factor 4Life:
Transfer Factor Advance: Mengimbangkan sistem imun yang terlampau aktif (over-active).
Antara penyakit kategori "over-reactive":
- Alahan
- Anemia
- Diabetes (Jenis 1)
- Gout
- Hepatitis
- Lelah
- Lupus (SLE)
- Migrain
- Penyakit Crohn
- Penyakit kulit
- Psoriasis
- Resdung
- Sakit sendi (RA)
- Skleroderma
- Sklerosis berganda
- Tiroid
- Dll.



Transfer Factor PLUS : Memperkuatkan sistem imun yang lemah (under-active). Antara penyakit kategori "under-reactive"


- Demam - Denggi - Kanser - Ketumbuhan - Leukemia - Hepatitis - Masalah Infeksi (bakteria, kulat dan virus) - Hepatitis

Transfer Factor RioVida: Mengimbangkan sistem imun dan perlindungan antioksidan (over-active & oxidative stress) serta mengembalikan tenaga. Stres oksidatif merosakkan tisu, sel dan sistem tubuh. Dikaitkan dengan penyakit seperti:

- Artritis
- Diabetes
- Hipertensi
- Kanser
- Penyakit Alzheimer
- Penyakit jantung
- Penyakit Parkinson
- Strok
- Penyakit jantung

PRODUK YANG DIREKACIPTA UNTUK MEMPERKASAKAN SISTEM IMUN

Produk Yang Direkacipta Untuk Memperkasakan Sistem Imun Kuasa Besar Penjagaan Sistem Imun


4Life Transfer Factor Advance Formula menyediakan sokongan imun yang diperlukan tubuh kita. Adunan terpelihara Transfer Factor E-FX menggabungkan transfer factor polivalen dari lembu dan ayam bagi memberi sinergi dan sokongan sistem imun yang kuat.



Sokongan Sistem Imun Paling Ampuh
4Life Transfer Factor Plus Advance Formula menggabungkan Transfer Factor E-FX (dipaten dan terpelihara) dengan adunan terpelihara Cordyvant untuk memberi sokongan imun yang paling ampuh untuk tubuh anda. Adunan terpelihara Cordyvant mengemukakan bahan sokongan imun yang sudah terkenal seperti cendawan maitake, cendawan shiitake, cordyceps, inositol hexaphosphate, beta glucans, beta sitosterol dan pati daun zaitun.


Minuman Penjagaan Kesihatan dan Penjana Tenaga
4LifeTransfer Factor Riovida adalah minuman yang pertama dari jenisnya, menggabungkan kemujaraban Transfer Factor E-FX dengan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan. Dapatkan kesihatan sistem imun dan keperluan tenaga harian anda dengan Rio Vida (Sungai Kehidupan)!


Untuk maklumat lanjut mengenai manfaat produk dan maklumat lain sila layari :


http://www.4life2u.biz/info/kegunaan-keberkesanan-transfer-factor.html


selamat mencuba!!!....






SIHAT SEPANJANG HAYAT? SEJAUH MANA YANG ANDA TAHU?

Artikel Mengenai Sistem Imun Badan
Maha Pencipta (Al-Khaaliq) menjadikan manusia sebagai satu kejadian yang sempurna. Bagi melindungi manusia dari serangan mikroorganisma yang menyebabkan penyakit, Yang Maha Pengasih (Ar-Rahman), Yang Maha Penyayang (A-Rahiim) dan Yang Maha Penganugerah (Al-Wahhaab) menganugerahkan kita dengan satu sistem yang begitu canggih dikenali sebagai sistem imun. Sistem imunlah yang memisahkan kita dengan kematian akibat penyakit berbahaya.

Untuk mengekalkan kesihatan kita, kita perlu menjaga kesihatan sistem imun.
Langkah pertama ke arah tersebut ialah belajar atau mendapatkan maklumat mengenainya.

Adab berpuasa dan solat terawih

Adab berpuasa dan solat terawih



Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:


1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada

kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;


3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.


Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;


4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);


5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;


6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.


7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi

amalan akhirat;


8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.


9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Related Posts with Thumbnails