Kursus Pembestarian Sekolah dan Penghasilan Bahan P&P telah di jalankan pada ketetapan tarikh seperti berikut:
Kursus Pembestarian Sekolah dan Penghasilan Bahan P&P
Pelaksanaan P&P Bestari
Member rapat semasa kursus bestari
KURSUS GURU BESTARI
28.9.2009 hingga 23.10.2009
Bertempat di IPTHO, Batu Pahat.
Seramai 24 orang guru yang mengikuti kursus ini.
Perisian kursus:
* Penelitian Elemen P&P Bestari
* Penghayatan Amalan P&P Bestari
* Perkongsian pengalaman
* Senario Kemahiran Abad ke-21
* Penelitian HSP dan RPT
* Pembinaan Soalan Berdasarkan Kurikulum
* Penyediaan RPH
* Pengintegrasian TMK dlm P&P (Membuat Blogger)
* Pengintegrasian TMK dalam P&P (Perkongsian bahan)
* Penggunaan bahan BTP
* Pakej P&P Bestari
* Simulasi RPH
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan, kemahiran dan pengetahuan kepada guru tentang pelaksanaan Pengajaran Bestari di sekolah. Salain itu, sejajar dengan pelaksanaan Sekolah Bestari mulai tahun 2010.
Tahniah!!!
Makan mesra aidilfitri
Assalamualaikum. Salam aidilfitri kepada semua yang bersama saya. Saya nak jemput anda semua hadir ke majlis makan mesra aidilfitri di rumah saya.
Tarikh: 17 oktober 2009
Hari : Sabtu
Masa : 2.00 ptg - 6.30 ptg
Alamat : 23 Jln Kangkong Tmn Anggerik, Tongkang Pecah,
83010, Batu Pahat, Johor.
No.Tel: 019-7799629 / 013-7799629 / 07-4156217
Mari hadir bersama keluarga untuk menikmati hidangan yang ada. Jangan lupa tau!!!
Daripada: Zainorida dan Mohd Arifin.
Kursus Guru Bestari
Hari ini belajar membuat blog . Masa dah rehat pun, rasa tak nak rehat pulak sebab best. Maklumlah... Masa itu emas. Kalau dah syok duduk ngadap komputer tu, time makan pun lupa. tambah pulak line ok.
kursus cuti sekolah
3 Jun 2009 diadakan kursus ICT di makmal komputer. Bermula jam 9.00 pg hingga 12.30 tgh. Ramai nampaknya berminat mengikuti kursus ini. Kursus yang dijalankan ialah
* Membuat bookmarks di menu utama internet
* Menyusun folder di paparan - Properties desktop
* Menghasilkan blog sendiri melalui - e-blogger
* Jangkaan guru yang hadir dalam 10 orang saje. Tapi 18 orang turut serta mengikuti kursus ini.
* Bagus!!! banyak perubahan dan peningkatan kepada semua guru SK Peserai kerana seiring dengan cabaran SK Peserai sebagai Sekolah Bestari Luar Bandar. Tahniah!!!
Keluargaku bahagia...
Mohd Arifin bin Sobikin suami tercinta. Anak sulong Nurul Heryani Arfida 9 tahun, kedua Nurul Syasya Nadiah 7 tahun, ketiga Muhammad Azri Adha 4 tahunlah...dan yang bungsu sekali Muhammad Adam Harith 1 tahun 5 bulan sekarang.... yang ke lima, lum lagilah...
Salasilah Hidup
Zainorida bt Ngarip. Dilahirkan di Hospital Batu Pahat pada 14 Jun 1978. Sekarang berumur 31 tahun pada 2009. Anak ke dua daripada 7 adik beradik. Hj Ngarip bin Suyut dan Hjh Sainam bt Seros adalah ibu bapa saya. Suami bernama Mohd Arifin bin Sobikin.